Wednesday, January 26, 2011

Hujan oh SEjuk~

Assalamualaikum~

Bissmillahirahmanirahim

"Allah lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air(hujan) dari langit, kemudian dengan (air hujan) itu Dia mengeluarkan buah-buahan sebagai rezeki untukmu; dan Dia telah menundukan kapal bagimu agar belayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukan sungai sungai bagimu."

ayat 32,Surah Ibrahim.

sesungguhnya hujan adalah antara rahmat paling agung Allah kurniakan untuk umat manusia.walau kita mengeluh cuaca lembab, SEJUK, dingin, dan tegendala bermacam2 urusan,kuliah kerja.. tapi kita kena ingat, tanpa hujan xda la sayur yang dok kita makan hari2~.xda la air sungai mengalir dgn baik nya..tak da la itu..tak da la ini, dan macam2 lagi..

sesungguhnya waktu hujan tu lah salah satu masa yangg Allah terima hajat wa Doa, hamba Nya..maka manfaatkan lah waktu tersebut, bertafakur, dan rasalah nikmat derasnya air hujan tu turun..sebut lah Alhamdulillah~~ nyaman nya bumi ciptaan MU ya Allah.. moga nyaman lagi Syurga ciptaaan Mu. moga hamba ini terdiri diantara org2 yg tenang dan bersyukur~

time hujan gak la kita leh tido ngan lena n syok nya..
hehe..

selamat bersyukur~

Wednesday, January 19, 2011

Dhuha time~~

Assalamualaikum..

hari2(haru2).. kita melalui saat dhuha..
tapi jrg orang ingat atau menghargai masa2 camni..
kebiasaannya jika cuti, org memilih untuk tidur..
walau kita tau rezeki tu byk dtg waktu pagi..

Solat suNat dHuha, antara yg popular untuk dilakukan time ni..
ikut buku yg ana baca, ia bermulamasa matahari sdg naik..antara 8 to 11 pagi.
rakaat tidak terbatas..antara 2 hingga 12..
normally, orang buat 2 sahaja..nak cepat~~~
  niat?
Mudah.. sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala.
in Arab..Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar

lepas baca Al-Fatihah, rakaat pertama, surah As-Syams, then rakaat kedua As-Duha

masa sujud akhir bacalah 40kali..

"wahab li yaa wahaabu a'lman wahikmatau war zukni ya razaaku kun li musahala~''

ada yg kata baca 3 kali, tapi ana always baca 11kali.. ganjil.
sesungguhnya Allah suka kepada yg ganjil..an?

Doa lepas solat pula..

"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu ,
keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan
perlindungan itu perlindunganmu ". " Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan
jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih
jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu,
limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang
soleh"

Always amalkan~~

Saturday, January 15, 2011

hadis Arbain An Nawawiyah

Assalamualaikum~~
  
Dipetik dari hadis Arbain An Nawawiyah..

(8) Hak Asasi seorg Muslim

Dari Ibnu Umar ra. bahwa Rasulullah saw. Bersabda,” Aku diperintahkan untuk memerangi umat manusia hingga mereka bersaksi bahwa tiada tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, dah bahwa Muhammad itu utusan Allah, mendirikan Shalat dan membayar zakat. Bila mereka telah melakukan hal2 itu bererti mereka telah menjaga darah dan hartanya dari ku, kecuali dengan alasan yg benar dlm Islam dan Allah Taala yg akan menilai apa yg mereka rahsiakan.” (HR Bukhari dan Muslim)

PENDAPAT SHJ
sebenarnya..ustaz ku pernah cakap
nak jadi seorang muslim, or muslimah nie senang ja..
ikut rukun islam betul2..
macam yg selalu anta dengar.. islam nie kena ambik menyeluruh!!
bukun sikit2..bukan ikut suka..

rukun islam ada 5.. simple..
1 mengucap 2 kalimahsyahadah.. conform past an?
aku naik saksi..Tiada tuhan selain Allah..dan aku bersaksi bahwa Muhammad itu pesuruh Allah
inilah 2 kunci syurga..

second buat solat wajib lima waktu..
mungkin kat cini ramai terkorban.. tapi assume masih boleh follow an..
walaubagaimana pun, yg lebih susah adalah solat awal waktu.. sibuk la katakan..
yup asal kita tau solat tu kewajiban, solat tiang agama. walau jarang khusyuk, buatlah,
ikut termampu, tinggal jangan sekali.

3 puasa.. setakat puasa sebulan patut xda masalah betul?
salah..zaman nie ramai gak yg sonyap2 membatalkan puasa dgan sbijik gula2.. 
oh lagi salah..selamba ja makan kat warung an?
aduhai Ramadhan hanya datang sekali..bila Raya rajin lak nak round umah sedara, kawan, apada..
puasa la kita boleh bersihkan dosa, tahan nafsu..baiki diri..gandakan pahala..

forth zakat.. ha.. kalu anda masih ditangung FAMA..
zakat tu boleh kasi lepas la.. betul x?.. tapi kena gak belajar..besar nanti xda la terkial2 nak tau zakat tu apa, berapa jenis zakat, benda apa yg boleh dizakat an..zakat emas, zakat harta...
tapi zakat patut x membebang kan, zaman skang kan kaya raya.. malah dengan zakat kita bantu org yg takmampu..mualaf.. lain2..

last, 5, haji..sapa kata haji tu wajib.. ia hanya sebahagian dari rukun an.. kalu x mampu xyah la pk nak pergi..
betul?.. daripada kumpul duit banyak2 setakat nak daftar haji perginya belum pasti..baik duit tu guna tuk tujuan ibadat lain, tolong anak yatim sikit pun jadilah..
walaubagaimana, kita kena gak ada niat nak p sana, rumah Allah, baitulAllah Al Haram..
tempat kelahiran nabi junjungan kita tu~~

jadi..
apa susah nak ikut islam nie?
esakan Allah. akui kerasulan Muhammad
solat yg 5, tapi rajin la tambah yg sunat.
puasa time Ramadhan..
zakat ikut keadaan.ikut mampu
haji kalu mampu..tapi ada niat nak p..

Moga islam tu tertegak di hati anda..
selamat berfikir~~

Thursday, January 6, 2011

saFar

Assalamualaikum~~
safar dah menjelma..
bulan kedua dlm kalendar hijrah
safar asal dari perkataan SAFR
copy~
1) whistle, hiss, chirp; 2) be yellow, pale (for humans); 3) to be empty, devoid, vacant.

ia lebih dikaitkan dgn KosOng..
kerna pada bulan ini, org2 arab ramai meninggalkan rumah untuk pergi berperang.
antara perg2 dlm bulan safar adalah
Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah,
Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah
dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.

event (history)

safar juga dikaitkan dgn perkara khurafat..
seperti percaya bala bencana dan mala petaka byk berlaku dlm bulan ini..
malah mengangap berkawin dlm bulan ini tidak empunya zuriat..
sesunguhnya kepercayaan ini terlalu bertentangan dgn syariat islam..

bismillah~~

قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلاَّ مَا كَتَبَ اللّهُ لَنَا هُوَ مَوْلاَنَا وَعَلَى اللّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
51. surah Taubah
 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".
Say : Naught befalleth us save that which Allah hath decreed for us . He is our protecting Friend . In Allah let believers put their trust!
你说:“我们只遇到真主所注定的胜败,他是我们的保佑者。教信士们只信赖真主吧!”

 
 perg nie tulisan cina kot..

dlm kepercayaan melayu pula ada Mandi Safar
(boleh klik untuk lebih lanjut pasal mandi kosong nie~~

amalan sunat dalm bulan ini hanya seperti biasa, tiada yg lebih khusus.

selamat membaca

Saturday, January 1, 2011

how to Blove by Allah n other human

Assalamualaikum~~
dari Abu Al-Abbas Salh bin Sad As Saidi ra. berkata: seorang laki2 datang kepada Nabi saw dan berkata, " wahai Rasulullah, tunjukkan aku suatu amal, jika aku lakukan aku akan dicintai Allah dan dicintai oleh umat manusia." Rasulullah saw bersabda, " Zuhudlah terhadap dunia niscaya dicintai Allah, zuhudlah terhadap apa yg dimiliki orang lain, niscaya mereka mencintaimu ( hadis hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dgn yg lainnya dengan sanad yg hasan)

ma makna zuhud?
copy~~
Zuhud
1. Ertinya meninggalkan dunia melainkan kadar yang patut daripadanya.
2. Zuhud yang sempurna ialah meninggalkan perkara lain selain Allah S.W.T.
3. Dunia ialah tiap-tiap perkara yang tidak dituntut oleh syarak dan ianya sebagai tempat bercucuk-tanam ( berbuat kebaikan dan amalan soleh ) untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.
4. Setiap manusia berkehendak kepada beberapa perkara bagi meneruskan hidup yang mana manusia berkehendak kepada makanan , pakaian , tempat tinggal dan lain-lain lagi.
5. Oleh yang demikian, sifat zuhud itu adalah mencari keperluan hidup sekadar yang boleh membantu ia untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
( zuhud orang awam ).

( Dipetik daripada - Hidup Bertaqwa Oleh Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Kamus
M / S 274 - 276 )
 selamat memaham..haha